Thursday, February 23, 2012

I'm just a SERVANT...

Kewujudan Tuhan dan hakikat kemanusiaan tidak dapat dipisahkan. Manusia mempunyai fitrah semulajadi dan Islam mengakui serta menghargai fitrah semulajadi manusia. Bahkan Islam mengawal dan mengarahkan fitrah manusia supaya menimbulkan manfaat dan mendatangkan kebaikan. Islam tidak pernah membunuh nafsu, tetapi memandu bagaimana nafsu itu perlu disalurkan secara benar. Demikian Islam tidak pernah menghalang kebebasan tetapi mengawal kebebasan agar manusia mendapat manfaat dan tidak menimbulkan kerosakan (fasad).

Jadi, apakah fitrah manusia yang terbesar? Asy Syahid Sayyid Qutb pernah berkata bahawa manusia mempunyai pancaindera ke-6, iaitu pancaindera kehinaan. Pancaindera kehinaan inilah yang menjelaskan fungsi manusia sebagai hamba. Manusia akan sentiasa menjadi hamba, sama ada hamba kepada dunia, duit, harta, kuasa, jawatan, pengaruh, politik, atau Tuhan. Hakikat hamba yang sebenarnya ialah menyembah Tuhan. Seperti firman Allah, 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.' (adz Zariyat 51:56). Tariq Ramadan juga pernah berkata, 'We are all here to worship God, be confident of this religion.'

Malang sekali bagi manusia yang lupa fungsinya sebagai hamba. Hakikat kemanusiaan yang mengabdikan diri kepada Tuhan juga dijelaskan dalam surah al Isra, 'Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia (Tuhan), (al Isra 17:67). Sehingga apabila keadaan terdesak, manusia mula mencari tempat bergantung harapan, mula mencari Tuhan. Hal ini pernah terjadi kepada Fir'aun sewaktu dia lemas di lautan semasa mengejar Nabi Musa AS, 'hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah Yunus 10:90). Kita lihat manusia sama ada Yahudi, Nasrani, Buddha, mulhid atau Majusi sama sekali memerlukan Tuhan. Bahkan manusia sejahat Fir'aun pun mengaku Allah itu Tuhan tatkala ajalnya menjelma. Mantan Mufti Perlis, Dr MAZA sering mengungkapkan bahawa Tuhan lebih mudah dijumpai dalam derita berbanding gembira. Dukacita adalah jalan yang Tuhan kurniakan untuk membawa manusia mengenali Tuhan mereka.

Dr Said Ramadan al Bouti didalam buku Fiqh Sirah Jilid 1 menjelaskan, 'andaikata alam ini dan tabi’at semulajadi diibaratkan dengan suatu badan dengan dimensinya, maka Islam pula ialah baju yang terpotong mengikut ukuran yang benar-benar menepati ukuran badan tadi.' Maka kembalilah kepada fitrah semulajadi manusia, iaitu menjalankan fungsi sebagai hamba dan mentaati Tuhan. Manusia dengan Tuhan sememangnya tidak dapat dipisahkan, itulah fitrah.

Kredit to ~Mat Rock~

Thursday, February 16, 2012

Read It and Weep it

Rasa cam nak nangis jer...
Kenapakah??

I'm loss...
I'm falling apart..
Torn into tiny pieces..
and... Gone...

Nope...
I can't even dissappeared into thin air..
I'm totally weak...
and miserable...

Tuesday, February 14, 2012

Awesome muslimah

Membuatkan aku berfikir...

Aku kah itu...
Yang memulakan semua ini...
Aku mungkin..
salah satu punca FITNAH...
FITNAH WANITA..

Let improve ourself...
Let become a better MUSLIMAH..
All for ALLAH...
LILLAHI TAALA...

~Insha'Allah~

Friday, February 10, 2012

BOOK KU 2

Hati berbelah bagi...
poket kosong tapi.... teringin sgt nk buku 2...
Sebarkan CintaMU by Fatimah Syarha...
Lepas baca Syabab Musafir Kasih (2009) da lama nak cari buku Fatimah Syarha yg len..

Tapi, bila da depan mata...
tak dapat memiliki...
terseksa gak la...

Tapi prinsip DONT GET TEMPTED tu tercalar jugak akhirnya...
huhu...
Sebab...
berakhir jugak dengan Isabella..

Syahadah gadis aties tu lebih kepada peringatan...
muhasabah diri...

bila dapat offer dari Ayip..
baru teringat buku2 ilmiah yang bertimbun kat bilik tu...
sapa nak baca tu...

Okey... Let settle one at the time...
once again...
the same reminder...

Jagalah HatiMu...
~DONT GET TEMPTED~