Sunday, October 7, 2012

The Show

Life is a maze,
Love is a riddle,

Cant do it alone,
I try... I dont know why...

That why we need friend..

Book Ku 5

Dah berbulan-bulan,
Banyak sangat free time...

Still, Aku beriman maka aku bertanya
xdapat habis lagi..

ntah semangat dah hilang,
atau support dah kurang..
Feeling like falling again...
This time falling to the rockbottom.

Haish, my pitiful self-control..

Akhirnya dapat Jihad Mardina..
Semangat habiskan buku tu..
Ttiba rasa penuh keinsafan...
Ttiba ingat pada dayah... zana... umiza...

People with different personalities..
Even their change will be different..

Usaha lagi, nak habiskan semua buku tu... and more to come!!

Monday, June 25, 2012

Bulatan Gembira Kami

Bulatan gembira kami,
Akhirnya... telah sampai ke penghujungnya...

Moga ukhwah yang selama bertahun terbina,
Tidak akan goyah,
Walau jauh merentas benua,
Masih lagi utuh dan kental,

Agar ilmu yang dikongsi,
Tidak akan hilang ditelan masa,
Akan terus diingati dan diamalkan,
Walau dalam apa jua keadaan,

Ukhwah Fillah...
Berkasih sayang kerana ALLAH SWT,
Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah...

Moga dengan kasih sayang ini,
Membuka ruang bagi menggapai,
redha dan kasih sayang pencipta,

Moga dengan perpisahan ini,
Tidak sedikit pun menjauhkan kami,
Dari mengingati-Nya....

~ Sayang anda semua ~

Thursday, June 7, 2012

Broken Heart Syndrome

Masa kawan2 ckp 'aku broken heart la'
Hampa semua gelak ja...
Paling - paling, hampa kata 'alah, putus cinta la tu'

Tapi,
Pernahkah anda tahu,
Sebenarnya Broken heart syndrome merupakan sejenis penyakit?
ia berlaku apabila seseorang itu menghadapi tekanan/stress akibat kehilangan orang tersayang...

Broken Heart Syndrome ialah apabila otot-otot myocardium dgn tidak semena-mena menjadi lemah tanpa sebab-sebab yang kukuh....

Ini merupakan salah satu symptom Stress Cardiomyopathy/Taksukubo Cardiomyopathy...

Jadi, pas ni tolonglah berfikir dua tiga kali sebelum claim korang heart broken...
Sebab walaupun korang main-main...
Bagi aku, kata-kata still adalah doa...

Berkata-katalah yang baik ataupun diam....

~Special for Awie n Daya ~

Sunday, June 3, 2012

Book Ku 4

At last....
Da dapat....
AKU BERIMAN MAKA AKU BERTANYA...
By Jeffry Lang...

Alhamdullillah.....

Monday, May 28, 2012

Salah aku ke kalau aku kacak??

Mula2 memang rasa nak lempang bila ada hamba Allah cakap macam tu,
Tapi bila difikir-fikirkan balik,
Apa yang dicakapkannya memang betul...
Cuma nada tu agak membongkak sikit...

Kenapa mesti kacak? kenapa bukan handsome, gorgeous, good-looking?
Ahhh... lantak dia lah...

Tapi, Moral of the story,
Tak kisahlah betapa cantik or kacaknya orang tu,
Tak perlu la nak kagumi kecantikan dan kekacakan diaorang,

Sebab sebenarnya bukan diaorang yang jadikan macam tu...
Walau sedahsyat mana diaorang dressing,
Walau setebal mana diaorang make-up...

Sebenarnya,
Kecantikan dan kekacakan itu adalah anugerah Allah pada diaorang,
kagumilah keindahan ciptaan Allah...
Tak perlu lah nak memuja-muji tuan punya badan...

Persoalannya : Salahkah ku kagumi, perhiasan duniawi?
Nanti kalau nak usha orang yang kacak boleh la ya nak guna statement ni...
haha.. ^______^

Tuesday, May 15, 2012

Ya, Aku Mengaku Aku Seorang NERD...

Dulu,
Kawan2 aku hanyalah buku-buku,
Rancangan televisyen,

Bila hidup aku susah, tiada tempat nak mengadu,
Waktu aku sedih, tiada siapa yang tahu,
Bila aku rasa dugaan aku berat,
Aku cakap dekat diri sendiri,
"Kau Kuat"

Walaupun, jauh disudut hati,
Aku tahu, aku sedang tipu diri sendiri....

Walaupun dalam dunia ni ramai sangat manusia...
Tapi aku rasa keseorangan...
Aku rasa kosong...
Tiada siapa faham apa yang aku rasa...

Aku terfikir, Kan bagus kalau kita dapat merasai perasaan orang lain..
Tapi kita tak boleh...
Aku rasa lemah sangat..

Masa tu, benda yang berlegar-legar di minda aku,
Kenapa Allah SWT cipta aku?
Kemudian Dia bagi seribu satu persoalan,
Dia bagi aku ujian.. Tapi, tiada jawapan...

Aku tak pernah takut exam...
Sebab, walau macammana susah pun exam tu,
mesti ada skema jawapan yang tersedia...

Tapi, hidup ni susah... Sebab tiada skema jawapan...
Ya, Aku nerd... Aku skema...
Aku nak kan kepastian... Aku nakkan jawapan!!

Bila tanya orang sekeliling aku...
Kenapa Allah ciptakan kita?
Apa function kita?
Diaorang cakap ' Semua manusia diciptakan untuk beribadat pada Allah'

Tapi, mana buktinya?
Mana Rasionalnya?
Aku tengok, semua orang sibuk mengejar dunia...
tak ada pun yang beribadat 24 jam...

Jadi, aku tak percaya...
Aku tak boleh terima reasoning diaorang...
Sebab aku tak paham...

Tapi, Sekarang...
Selepas bertahun-tahun...
Aku dah faham... walaupun baru sedikit...

Aku pun tak pasti kenapa...
Tapi selama ni...
Aku sebenarnya tak pernah keseorangan...
Cuma aku yang tak tahu...
Atau mungkin tak faham...


Bila hidup aku susah, tiada tempat nak mengadu,
Aku boleh mengadu pada Allah, Allah sentiasa ada...

Waktu aku sedih, tiada siapa yang tahu,
Tapi sebenarnya Allah sentiasa tahu...

Bila aku rasa dugaan aku berat,
Aku cakap dekat diri sendiri,
"Kau Kuat"
Aku tak tipu diri sendiri sebenarnya...
Aku mungkin tak kuat...
Tapi aku yakin Allah telah meminjamkan sedikit kekuatan untuk aku...

Rupa-rupanya...
Sepanjang hidup 20++ tahun ni...
Aku lalui semua dugaan dan ujian..
Hanya dengan izin Allah....

Ya, Aku mengaku, aku seorang Nerd...
Yang hidup hanya dengan buku-buku,
dikelilingi dengan rancangan televisyen...

Tapi, aku yang Nerd ini...
Sebenarnya, masih disini dengan Nerdnya,
Kerana disuatu masa dulu,
Walau aku tidak tahu...

Tapi hati kecilku percaya...
Percaya dengan adaNya..
Berpegang padaNya...
Walau aku belum mengenalinya...

Ya, Aku mengaku, aku seorang Nerd...
Tapi sekarang aku bukan saja seorang nerd...
Aku juga seorang hamba...
Yang amat memerlukan penciptanya...