Monday, June 25, 2012

Bulatan Gembira Kami

Bulatan gembira kami,
Akhirnya... telah sampai ke penghujungnya...

Moga ukhwah yang selama bertahun terbina,
Tidak akan goyah,
Walau jauh merentas benua,
Masih lagi utuh dan kental,

Agar ilmu yang dikongsi,
Tidak akan hilang ditelan masa,
Akan terus diingati dan diamalkan,
Walau dalam apa jua keadaan,

Ukhwah Fillah...
Berkasih sayang kerana ALLAH SWT,
Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah...

Moga dengan kasih sayang ini,
Membuka ruang bagi menggapai,
redha dan kasih sayang pencipta,

Moga dengan perpisahan ini,
Tidak sedikit pun menjauhkan kami,
Dari mengingati-Nya....

~ Sayang anda semua ~

No comments:

Post a Comment