Friday, February 22, 2013
Aku mahu redha...
Aku tidak mahu pasrah, aku tidak mahu menyerah...
Aku mahu redha dan terus berusaha...
Ya Allah..
Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan,
Kerana sesungguhnya, aku hanyalah hamba,
SEGENGGAM TABAH
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
By : In Team
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment