Perasaan itu datang lagi. Untuk sekian kalinya aku memandang kosong skrin lap top ku. “Aish bila la aku nak start buat research proposal ni?” Sudah berapa kali aku cuba untuk memulakan kerjaku yang berlambak-lambak tu. Tapi setiap kali teringat kenyataan bahawa aku bakal masuk ke tahun akhir pada semester depan, satu perasaan tidak enak menyelinap disetiap urat sarafku. Bagaikan kanser yang merebak apabila di stimulate kan. Jadi nurse? Betul ka aku nak jadi Nurse ni? Haih! Aku pun tak tahu. Tapi dah 3 tahun aku study dekat USM. Dah macam-macam cabaran dan rintangan aku hadapi jauh di Kelantan sana. Apa la yang nak jadi dengan aku ni.
(Luahan perasaan semasa konon2nye nak buat research proposal)
No comments:
Post a Comment