Wednesday, April 14, 2010

Couple

E-mail yang datangnya dari seorang kawan lama itu bertajuk Couple. Aku lantas tertarik dan membuka attachment pada e-mail tersebut. Rupanya e-mail tersebut mengandungi sebuah cerita. E-mail tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama kesunyian dan akhirnya telah bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mengubat rindunya. Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut mulai mendekatkan diri dengan Allah lantas memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungannya dengan wanita tersebut. Namun, setelah dipertimbangkan kembali dia mendapati tiada salahnya dia dan wanita tersebut ber’couple’ kerana mereka seringkali ingat-mengingati dalam berbuat kebaikan. Hubungan itu juga telah mendorong mereka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Mereka sering mengingatkan satu sama lain dalam beribadat, berkongsi maklumat dan saling memberi tunjuk ajar. Untuk mengelakkan maksiat mereka memutuskan untuk tidak lagi berjumpa antara satu sama lain sebaliknya cuba ber SMS sahaja. Mereka juga tidak pernah meluahkan kata-kata cinta untuk mengelakkan dosa. Lalu lelaki tersebut berasa dia langsung tidak melakukan sebarang kesalahan. Entah kenapa dia masih tetap berasa bersalah dan sering tertanya-tanya. Benarkah apa yang aku lakukan ini tidak salah? Bukankah Couple itu hukumnya haram? Bagi seorang pendakwah yang sering mentazkirah rakan-rakan, lelaki itu akhirnya telah bertemu seseorang untuk meminta nasihat berkenaan hal ini. Lalu orang berkenaan telah bertanya
“Adakah setiap kali anda menghantar SMS kepada wanita tersebut untuk memberi nasihat dan sebagainya, segalanya anda lakukan kerana Allah?”
“Tidakkah anda membayangkan wanita tersebut atau merindui wanita tersebut setiapkali anda ber SMS dengannya?”
“Adakah anda yakin bahawa dengan segala usaha yang telah anda lakukan untuk mengubah perhubungan anda, anda telah terlepas dari melakukan Zina?”
Setelah difikirkan kembali, lelaki itu menyedari bahawa tidak kira bagaimanapun dia berhubung dengan wanita tersebut, dia masih akan terjerumus ke lembah hina kerana walaupun tanpa melihat dan menyentuh, Zina hati tetap boleh berlaku. Dia sedar bahawa sesungguhnya dia tidak kuat untuk mengawal perasaannya terhadap wanita tersebut dan akhirnya memutuskan hubungannya dengan wanita tersebut. Lelaki itu berpesan:
“Saya yakin kalau ada jodoh kita pasti akan bersama tetapi sementara itu saya tidak mahu anda menunggu atau menaruh harapan pada saya. Lupakanlah saya dan saya juga akan melupakan anda kerana sememangnya perasaan cinta itu akan menjerumuskan kita ke lembah hina”

No comments:

Post a Comment